Wednesday 10 April 2013

Resipi mudah Carbonara Spaghetti

Assalamualaikum


Jom masak spageti, tak kisah sedap ke tak yang penting buat sendiri terjamin kebersihan. Korang ingat makan kat kedai yang high class tu terjamin kebersihan ke? tak sama dengan masak kat rumah tau.. (cehhhh poyo la plak.... uweeekkkks). Heee aku kadang-kadang je masak.




Ni ha aku nak kongsi resepi spageti carbonara versi pemalas. Konpem menjadi, dah tak hingin nak makan spageti kat luar tau.Uolls tau kenapa resipi aku menjadi sebab aku guna instant sos tapi aku campur la dengan bahan-bahan lain. Rasa lebih mengancam la.









Bahan-bahan:
Sos spageti PREGO carbonara- 1 tin

Sos spageti PREGO cheese & herbs- 1 tin

Bawang merah - 3 (saiz besar)

Bawang putih- 3 ulas

Daging ayam cincang -300g

Cendawan butang - 1tin

Cili benggala merah-1biji

Cili benggala kuning-1 biji

lada hitam-1 sudu (yang telah ditumbuk)

Spageti-1 pek





Cara-cara:
Rebus la dulu spageti sampai lembut. bila dah lembut tos spageti. Pastikan semua air dah di tos. Kemudian gaul spageti dengan minyak zaitun. Tujuannya tak nak bagi spageti ni melekat.




Penyediaan sos:
Cendawan dihiris nipis dan ketepikan.

Cili benggala dipotong dadu dan ketepikan.

Kisar bawang merah dan  bawang putih.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun, bila minyak dah panas masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

Masukkan kedua-dua sos segera prego, masuk secubit garam dan masukkan lada hitam. Pastikan api perlahan tau uolls.

Masukkan daging ayam cincang. Biarkan ayam masak.

Kemudian uolls masukkan cendawan dan cili benggala yang dipotong dadu tadi.

Bila dah masak sedia untuk dihidang.







Senang je kan, main campak-campak je. Kalau uolls nak lebih rasa cheese boleh tambah cheese, whipping cream dan susu segar.











Jangan lupa cuba tau... senang je ni, kalau aku boleh buat mesti uolls berpuluh kali boleh buat yang lebih sedap.



Selamat mencuba....






Thank you for reding this mencarut entry... muahhhh 

2 comments:

Anonymous said...

ni nk komen le..kihkih..ani bru je buat 2ari lepas..tp ni versi org rajin la..

Unknown said...

hehe... wah rajin masak.

Sign up ZUIF membership