Tuesday 23 February 2016

Homemade Pizza

Assalamualaikum


My ninja girl request pizza. Maka mak bersilat kat dapur. Rekacipta resipi sendiri je, tak sangka sedap tau, hihihi perasan kan. Sebenarnya nak jimat, dapat tiga keping pizza yang besar. Siap boleh bagi jiran dan babysitter la. Bila buat malam capai je la apa yang ada dalam rumah kan. Senang, jom tengok.


Resipi homemade pizza by #zuhayraiftifal


Roti pizza
Tepung gandum 1/2 kg (amalkan ayak segala jenis bernama tepung)
Mauripan 1 1/2 sudu besar
Susu tepung / Fresh milk 1 cawan
Air masak 1 cawan (saya guna air water pitcher shaklee)
Minyak masak 1/2 cawan
Telur 1 biji
secubit garam


Topping pizza
Sphagetti sauce (Boleh buat sendiri atau beli cap prego, kimball. saya beli cap topvalue murah je)
Sosej
Mozarella chesse

*Topping boleh potong bawang, nenas dan macam-macam lagi. Ikut suka tekak masing-masing la kan.



Jom buat

Bancuh mauripan dengan segelas susu tadi, biarkan sekejap.

Mangkuk yang berisi tepung gandum (diayak), dibuat lubang ditengah.masukkan kesemua bahan untuk roti pizza dan bancuhan mauripan.

Uli biar lama sampai lenguh tangan korang. Rehatkan sekejap adunan dalam setengah jam.

Bahagikan doh pada tiga bahagian (Bergantung pada saiz pizza yang korang nak buat).

Bulatkan doh dan canaikan lebih kurang 1 -1.5 cm tebal. (Kalau suka tebal boleh canai bagi tebal sedikit). Saya buat versi tebal dan nipis.

Tabur tepung pada loyang pembakar supaya tak melekat.

Pada atas doh yang dicanai, siram dan ratakan sphagetti sauce, tabur sosej yang dipotong (atau bahan topping pilihan korang). Parut mozarella cheese sampai penuh tutup bahagian atas topping.

Bakar pada suhu 200 0C selama 20-25minit...


Tadaaaaaaa...
Dapat tiga keping homemade pizza saiz besar.





Selamat mencuba homemade pizza!





No comments:

Sign up ZUIF membership